Butterfly System
3:19 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

Cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah lari. Tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang disaat kamu tidak mengharapkannya. Cinta dapat membuatmu bahagia tapi sering juga bikin sedih, tapi cinta baru berharga kalau diberikan kepada seseorang yang menghargainya. Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik. Cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang "sempurna" bagi seseorang. Tapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri. Jangan pernah kata "I love you" kalau kamu tidak peduli. Jangan pernah menyatakankan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong. Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya...


Cinta bukan "Ini salah kamu", tapi "Ma'afkan aku".
Bukan "Kamu dimana?", tapi "Aku disini".
Bukan "Macam mana kamu nie?", tapi "Aku faham".
Bukan "Cuba kamu di tempat aku", tapi "Aku cinta kamu seperti kamu apa adanya".

Kompatibiliti yang paling benar bukan diukur berdasarkan berapa lama kau sudah bersama mau pun berapa sering kau bersama, tapi apakah selama kau bersama, kau selalu saling mengisi satu sama lain dan saling membuat hidup yang berkualiti. Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama yang kamu inginkan dan melukakan sedalam yang kamu izinkan. Yang berat bukan bagaimana caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu, tapi bagaimana belajar darinya.


Cara jatuh cinta:
jatuh tapi jangan terhuyung-hayang,
konsisten tapi jangan memaksa,
berbagi dan jangan bersikap tidak adil,
mengerti dan cubalah untuk tidak banyak menuntut,
sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu.


Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu. Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihMu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan. Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk menemukan bahwa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.
Kalau dia tidak "worth it" sekarang, dia tidak akan pernah "worth it" setahun lagi ataupun 10 tahun lagi. Biarkan dia pergi...
Tentang Hidup
10:59 AM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

Aku tak tau ape nak taruh dah...ape pun sori ye pada yang berkenaan sebab exploitasi gambar sat...

Telah ku hadiahkan sebuah puisi,
Untuk mu insan yang ku sayangi,
Sebagai tanda cinta ku yang suci,
Kerana diri ku akan melangkah pergi.

Mungkin ini ketentuan Tuhan,
Kerana kita tidak pernah ditemukan,
Namun ku pasrah dengan dugaan Tuhan,
Yang mengajarku erti ketabahan.
Cinta Kong
3:12 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

Hmm... Kong the King of the beast. menatang besar nie kalau aku jumpe gerun gak..tapi aku nak ajak korang menghayati perasaan kong nie...leh plak ade rase cintan harap badan je beso. Tapi hakikatnya sedangkan binatang masih ade rase 'protective', sedih, sayang niekan pulak kite manusia. Aku rase sumer perasaan nie dah takde kat sesetengah org...Contoh pasangan bercinta...marah skit maki, tampo, trajang dan lain-lain. pendek kata serba serbi kaki dengan tangan je yang naik. Tak payah susah-susah nak cakap. Tapi tu dari perspektif aku la tak tau la orang lain camner kan. Kalau nak tengok cite kong nanti hayati lah story dier.
Doa Cinta
5:31 PM | Author: Ahtung

Image hosted by Photobucket.com



Kata org doa org yg teraniaya selalunya dimakbulkan. Tak kira lah doa yang baik2 atau yg tak baik2. Byk kali dah aku jd mangsa keadaan, kali nie keadaan yg sama berulang lagi. Aku tak kisah tapi betul ker aku tak kisah. Aku tak marah tapi betul ker aku tak marah. Aku doa kan ajer org yg buat kejer mcm tuh mendapat hidayah darinya. Mungkin itu yg membezakan aku dgn org tuh. Aku boleh berfikir secara logik dan secara ilmiah berbanding dgn org bodoh, bangang, bengap mcm tuh. Moga badan dia yg gemuk tuh akan bertambah kuruslah hendaknya.

Rasulullah s.a.w adab bersabda, katanya " Setiap anak Adam akan dijaga oleh 2 malaikat. Malaikat yg di sebelah kanan lebih berkuasa dari yg disebelah kiri. Sekiranya seseorg anak Adam melakukan dosa maka malaikat di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat disebelah kanan, katanya" Apakah yg harus aku catit?"Kata malaikat di sebelah kanan," Jgn kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."Malaikat yg di kiri bertanya lagi," Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yg harus aku catitkan?"Jawab malaikat kanan," Biarkanya, sehingga ia membuat kebaikan krn kita telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa satu kebaikan akan dpt 10 pahala. oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yg lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi ".Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata," Kalau mcm ni, sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada batas hanya hambanya saja yg lalai dan leka dgn keseronokkan serta kemewahan dunia.


p/s: Doa Cinta ini sentiasa aku panjatkan untuknya...

"Hati ini sering mencari-cari kedamaian hati yang sering dilaungkan oleh si pendeta cinta. Kini ku sedari, kasih yang dihulurkan adalah kasih abadi... Terima Kasih Tuhan."
What color is your HEART?
4:36 PM | Author: Ahtung

Your Heart Is Blue

Love is a doing word for you. You know it's love when you treat each other well.You are a giving lover, but you don't give too much. You expect something in return.

Your flirting style: Friendly
Your lucky first date: Lunch at an outdoor cafe
Your dream lover: Is both generous and selfish
What you bring to relationships: Loyalty



Aspirasiku
5:35 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan.

Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah

Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah.

Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti

Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa

Perjuangan kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam
Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan

Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja…iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi?

Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang
Biar khayalan ku melayang.
'Busy'-nya aku
3:19 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

haa! klu aku da buzy sori la..mesti menumpukan konsentrasi penuh pada keje aku..dan takde mase la tuk aku meng'update' blog lagi...ape pun aku akan sedaya upaya menokok tambah pada mana2 yang kurang kat blog aku nie... ;P
Jujur
5:20 PM | Author: Ahtung
Aku cuba berlaku jujur
nyatakan pakaian mu menjolok mata
apa yang ku dapat lebam mata...

Aku cuba berlaku jujur
Nyatakan kebenaran aku suka kat engkau
kau ketawa salahkah aku sukakan siti nurhaliza.........

aku cuba berlaku jujur nyatakan aku ada girl friend lain
kau minta putuskan hubungan
salahkah aku berkata jujur........

Aku berkata jujur aku belum makan lagi
sebab belum ada gaji member semua cabut lari........

Perlukah aku berbohong tak patutkah aku berkata jujur
habis tu mestikah aku berbohong
orang kata bohong sunat
bodoh nya orang bohong mana ada sunat
bohong aje bedosa la......

satu aje aku tak faham ngapa orang kata aku lurus bendul
sedangkan aku berkata betul...
Kita kawan kan?
5:15 PM | Author: Ahtung
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

kita kawan kan...???