What color is your HEART?
4:36 PM | Author: Ahtung

Your Heart Is Blue

Love is a doing word for you. You know it's love when you treat each other well.You are a giving lover, but you don't give too much. You expect something in return.

Your flirting style: Friendly
Your lucky first date: Lunch at an outdoor cafe
Your dream lover: Is both generous and selfish
What you bring to relationships: Loyalty



Aspirasiku
5:35 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan.

Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah

Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah.

Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti

Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa

Perjuangan kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam
Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan

Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja…iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi?

Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang
Biar khayalan ku melayang.
'Busy'-nya aku
3:19 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

haa! klu aku da buzy sori la..mesti menumpukan konsentrasi penuh pada keje aku..dan takde mase la tuk aku meng'update' blog lagi...ape pun aku akan sedaya upaya menokok tambah pada mana2 yang kurang kat blog aku nie... ;P
Jujur
5:20 PM | Author: Ahtung
Aku cuba berlaku jujur
nyatakan pakaian mu menjolok mata
apa yang ku dapat lebam mata...

Aku cuba berlaku jujur
Nyatakan kebenaran aku suka kat engkau
kau ketawa salahkah aku sukakan siti nurhaliza.........

aku cuba berlaku jujur nyatakan aku ada girl friend lain
kau minta putuskan hubungan
salahkah aku berkata jujur........

Aku berkata jujur aku belum makan lagi
sebab belum ada gaji member semua cabut lari........

Perlukah aku berbohong tak patutkah aku berkata jujur
habis tu mestikah aku berbohong
orang kata bohong sunat
bodoh nya orang bohong mana ada sunat
bohong aje bedosa la......

satu aje aku tak faham ngapa orang kata aku lurus bendul
sedangkan aku berkata betul...
Kita kawan kan?
5:15 PM | Author: Ahtung
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

kita kawan kan...???
Generasiku
1:44 PM | Author: Ahtung

Image hosted by Photobucket.com


pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
pasti dunia ku yang punya di hari ini
bersama kawan-kawan ku pergi
ketawa riang senang hati
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

malam ini bertemu di pesta
berdebar membalas senyumannya
manisnya oh jatuh cinta kali pertama
bersama menitiskan impian
cinta, cita-cita dan harapan di usia ini...
tiada yang tak mungkin

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
jangan gentar mengejar mimpi
yakin berani percaya diri
dan mula dengan helloooo

jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentuarah hidupmu

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
segalanya dalam genggaman
hidup ini...generasiku...
Just for u.....mom
4:15 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

I want to dedicate this to aka_aiya for the song that she have give me yesterday
a beautiful song..my fev song since i've listen so7 songs

Control Jiwa
3:17 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com
Rahsia Luna
2:18 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

Seterang bulan di taman mainan,
Ku pasti kau jadikan sebuah khayalan,
Dan kau pergi dari sini,
Aku tak mahu ke sana.

Seindah bulan di taman khayalan,
Pasti kau jadikan sebuah perhiasan,
Dan kau pergi dari sini,
Aku tak mahu ke sana.

Oh! Cinta,
Mengapa kau sering mengata diri,
Mengapa kau sering membohongi diri,
Ku tak mahu kau pergi ke sana, ke mari

Oh! Cinta,
Mengapa kau sering membohongi diri,
Apakah aku yang sering tak mengerti,
Ku tak mahu kau datang kembali...kembali,
Ke sini...
I asked ALLAH
11:39 PM | Author: Ahtung
Image hosted by Photobucket.com

I asked Allah to take away my habit.
Allah said,No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked Allah to make my handicapped child whole.
Allah said,No.
His spirit is whole,his body is only temporary.

I asked Allah to grant me patience.
Allah said,No.
Patience is a byproduct of tribulations; it isn't granted,it is learned.

I asked Allah to give me happiness.
Allah said,No.
I give you blessings;Happiness is up to you.

I asked Allah to spare me pain.
Allah said,No.
Suffering draws you apart from worldly cares and brings you closer to me.

I asked Allah to make my spirit grow.
Allah said,No.
You must grow on your own! , but I will prune you to make you fruitful.

I asked Allah for all things that I might enjoy life.
Allah said,No.
I will give you life,so that you may enjoy all things.

I ask Allah to help me LOVE others,
as much as She loves me.
Allah said...Ahhh,finally you have the idea.